Cara dan 5 tips daftar SSM syarikat enterprise untuk jual online


Minggu lepas lula baru je daftar nama baru syarikat dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) sebab benda ni WAJIB bagi setiap business owner / pemilik syarikat offline atau pun online! Tapi sebenarnya 2 tahun lepas lula dah daftar nama syarikat; lutanikashahijaw enterprise. Nama ni terlampau unik sangat sampai orang tengok pening dan nampak sangat tak professional. Awas: nama untuk syarikat enterprise tak boleh tukar tau! (masa tu tak tahu nak letak nama apa asalkan daftar je) Tips: fikir nama syarikat sebelum pergi daftar untuk elakkan kesalahan dan jimatkan masa untuk isi borang nanti.

Mesti ramai yang nerves dan was-was nak daftar syarikat kan? Kecik mana pun bisnes korang, walaupun bisnes jual pemadam kat sekolah tu pun TETAP kena daftar untuk declare. Korang sorok-sorok sangat nanti rezeki korang pun main sorok-sorok. Lula rasa rugi sangat bila berniaga tapi takut-takut. Lula suggest better declare je. Fess pun murah je, RM 60.00 untuk daftar perniagaan setahun dan RM 10.00 untuk maklumat perniagaan (yang ni one time fee je) GST 60 sen jangan lupa. Tips: bawa duit cash secukupnya untuk berapa tahun korang nak daftar. Lula suggest 2 tahun = RM 130.60

Cara nak daftar mudah je, pergi ke SSM terdekat. Boleh check kat website SSM. link kat sini: http://www.ssm.com.my/contact-us lula pergi KPDNKK Putrajaya sebab dekat dengan lula, nak waze jalan pun senang. Tips: parking kalau pagi susah nak dapat, lula suggest pergi time lunch hour sebab time tu banyak kereta dah chow. Korang jangan illegal parking haram kat tepi jalan, cari parking dalam kawasan parking tu sebab takut kereta kene tarik. Sekarang Putrajaya dah kuat kuasa benda ni, Putrajaya yg sekarang bukan Putrajaya yg dulu.

Cari SSM kat dalam bangunan KPDNKK tu, kalau tak pasti arah tuju boleh tanya pak guard. Senang je nak jumpa. First korang masuk je pintu SSM tu korang terus ke kaunter pertanyaan (information counter) cakap dengan pegawai bertugas tu korang nak daftar syarikat. Nanti dia akan suruh korang isi borang (dia direct borang mana yg nak kena isi) Tips: bawak pen sendiri supaya senang tak perlu tunggu pen. Time ni pening sikit fikir nak tulis apa, tapi kat dinding akan ada guide dan cara nak isi borang.

Lepas dah isi terus pergi kaunter pertanyaan, pegawai bertugas akan bagi korang nombor giliran. Cepat je akan sampai giliran korang. Tips: sediakan IC untuk pengesahan cap jari. Lepas buat bayaran, korang kena tunggu document / sijil SSM korang siap dalam masa 1 jam. Kalau jenis malas tunggu macam lula, boleh datang esok untuk pick up kat kaunter pertanyaan. Make sure resit tak hilang! Tunjuk pegawai bertugas resit untuk claim document SSM korang.

Lula harap semua perniaga walaupun dropship lulababes ni semua daftar syarikat kat SSM tau. Bila berniaga secara HALAL baru hati tenang, rezeki pun murah. Dah daftar ke belum?



Nak join dropship? Email: babesPower@lulababes.co untuk maklumat lanjut.


Comments

  1. Nama syarikat dgn nama perniagaan kita tu kena beza eh ?

    ReplyDelete
  2. Nama syarikat dgn nama perniagaan tu lain k?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts