Apa tu easy parcel? Tips postage untuk peniaga online

Pertanyaan ni kecoh kat few group bisnes instagram yang lula join. Masa lula mula nak join pun lula tertanya apa benda easyparcel ni. Lepas dah buat research, lula decide untuk try join easyparcel. Tak ada fees pun kalau nk register atau sign up, kalau try pun tak rugi. Sekarang ni ada promo dapat FREE RM 25.00 credit kalau first sign up! Cuma ada rasa nerves nak try benda baru, biasa la manusia kan hehe

Easyparcel ni sebenarnya bukan courier service ye, dia cuma perantaraan je atau orang putih panggil third party platform. Masih tak faham gak apa guna nya easyparcel ni? Pada pandangan lula, easyparcel ni sesuai untuk sesiapa yang ada online business (e-commerce) tapi tak ada kontrak / akaun dengan poslaju atau mana courier company. Lebih jimat untuk business yang berat barang tak melebihi 1kg/parcel.

Contoh: Kalu jual set shampoo&conditioner size muat plastik poslaju Prabayar RM6 tu tapi berat lebih 1kg. Better pakai Prabayar Poslaju je dari pakai service yang perlu timbang. Lebih jimat dan cost effective kan!

Apa kelebihan easyparcel ni?
Tekan sini untuk kelebihan kontrak akaun poslaju.

1. Tak perlu ada contract.
Poslaju perlukan deposit RM1000 untuk bind kontrak dengan pihak poslaju. Ramai online seller kecil rasa amount ni berat sangat nak keluarkan, especially sebab Poslaju simpan deposit ni. Bila nak tutup akaun Poslaju nanti baru dia pulangkan.

2. Boleh request abang pos datang pick up parcel kat rumah for FREE.
Ramai yang nak servis ni tapi tak nak ada akaun dengan poslaju, kalau daftar dengan easy parcel boleh request for FREE je.

3. Boleh pilih option untuk drop kat Pgeon post terdekat.
Kalau jenis tak ada masa nak tunggu abang pos datang rumah atau tak suka beratur panjang untuk pos barang, lula suggest better drop kat Pgeon point (Mynews.com outlet) terdekat. Klik link ni untuk check: https://www.easyparcel.my/blog/announcement/pgeon-convenience-at-your-fingertip/

4. Tak perlu pergi poslaju asyik minta borang je.
Ni lula paling annoying! Sebab borang selalu habis dan akak poslaju tak boleh nak bagi banyak sangat sebab dieorang sendiri pun ada quota setiap hari. Selalu lula akan minta banyak kali kumpul kat rumah.
Tekan sini untuk tips pos dengan poslaju.

5. Semua jenis courier dalam satu website
Kalau korang jenis guna courier lain, sangat senang sebab kat sini boleh directly order dan terus guna. Lagi best sebab boleh tracking terus kat website easyparcel tak payah nak bukak website lain. Tips untuk post barang tekan sini

6. Harga flat rate RM 6.00 je.
Penting: hanya untuk parcel bawah 1kg yang hantar ke alamat semenanjung guna Poslaju sahaja. Sabah&Sarawak bawah 1kg guna Poslaju akan di charge dalam RM 10.50 camtu.

Kalau korang sejenis tak percaya macam lula, mesti korang dah pergi website easy parcel dan try "Get instant quote" tu sebab nak tengok betul ke harga RM 6.00! Tapi bila check pergh mahal! RM 9.50 kot. Okay, tu harga non member. Kalau check sebelah tu harga member RM 6.00 je. Lula sendiri pernah buat benda ni, lepas tengok terus batal kan niat nak sign up tapi tak buat research dulu. Padahal dulu RM 5.00 je! Rugi kan bila nak kena bayar yuran kebodohan sendiri. Tapi ni lula dah explain kat korang, sign up FREE je pun dan TAK RUGI apa. Jangan lupa ada RM 25.00 credit FREE untuk first sign up, boleh sangat nak try dulu! lebih dari cukup boleh try hantar 4 parcel kot!

Untuk setiap benda yang best, mesti ada yang tak best. Baru balance kan? Kalau semua best je, something wrong somewhere hahaha

Kekurangan easyparcel:

1. WAJIB ada printer
Since dah tak perlu nak pergi menangis kat poslaju minta borang dah, sekarang tinggal nak print je borang tu. Lula beli printer Brothers HL-L2360 ni kat lazada. Tekan sini untuk blog post pasal printer yang lula beli.

2. Tak ada plastik / mail bag untuk pos
Yang ni akan jadi masalah besar untuk orang yang kurang creative haha Jangan menggelabah sebab boleh beli plastik kat poslaju, atau beli je online. Kalau yang creative boleh balut sendiri atau boleh ikut jenis packaging brand korang. Tekan sini untuk tips beli plastik pos

3. Today order, esok pick up. Cancel no refund.
Korang kena pastikan order dah siap untuk pick up. Abang pos akan datang terus pick up je, tak tunggu korang siap packing. Kalau cancel, tak dapat refund balik duit postage tu. Jadi terpaksa belajar manage masa dan bisnes lebih konsisten. hehe which is a good thing. kan?

Kalau korang minat nak try boleh check website www.easyparcel.my Tekan je link ni.

Dah sign up tapi blur tak reti guna easy parcel?
Tekan sini untuk step by step cara hantar barang guna easyparcel.




Nak cari duit extra tapi tak nak handle packing / posting sebab ni benda paling leceh bila bisnes dan yang paling penting tak nak keluar duit! Zero Modal.

Join team lula, Email: babesPower@lulababes.co untuk sign up.



Comments

  1. Ada tak sesiapa ada akaun easyparcel ep2000?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi farah, kenapa dgn akaun ep2000 tu ye? apa2 yg i boleh tolong kot2 i tau

      Delete
  2. Hai.nk tanya..

    1. Kita mmg kena ada invois eh?

    2. Mmg kene masukkn gmbr item yg nk dipos eh? Ssh btol nk masukkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kak. Invois tu yg kena print tu ke? Tak perlu masukkan gambar item. Tu keluar sebab akak masukkan nilai barang lebih dari harga nilai barang yg dia cover untuk insurans. contoh: dulu poslaju akan cover insurans utk barang harga bawah RM 100 tapi bila akak letak nilai dia atas 100 dia akan auto tukar ke coverage yg kene tambah RM 50 tu dan minta masukkan gmbr barang. Slalu nya sy adjust je nilai barang tu letak bawah RM 100. Tapi skrg poslaju dh naik kan nilai barang jadi RM 300. Cuba akak try lagi skali.

      Delete
  3. awak saya nak tnye, untuk insurans tu ada yang RM200 atau RM50 tu apa eh ? kita wajib bayar ke insurans tu? kalau wajib, dah tak jadi RM6 la kan? boleh tak awak tolong terangkan?

    ReplyDelete
  4. hye.. nak tanya, untuk bungkusan tu.. mmg tak kisah eh if kita guna flyers pos laju tp courier kita pilih lain dlm website easyparcel?

    ReplyDelete
  5. Hi nak tnya,, plastik parcel kalau tak pkai yg dia punya takpe ke???

    ReplyDelete
  6. Macamamna nk tahu pkul brp diaorg akan dtg collect?

    ReplyDelete
  7. Hi, nak tanya.
    Rm1000 tu kena bayar ke tak?

    ReplyDelete
  8. Klu guna plastic pos sendiri tp consignment notes dari poslaju , mcm mana cari diorang timbang atau pengiraan postage?

    ReplyDelete
  9. Hi. Nak tanya , kalau nak dapat flat rate Ada amount tertentu untuk topup ke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts