babesPower 101: Build audience (zero cost marketing)
Step 2:
Semakin luas exposure = semakin tinggi followers = semakin banyak potential customer = semakin besar peluang tambah sales!
- Start cari followers dan build audience. Kenal target market bisnes anda
Semakin luas exposure = semakin tinggi followers = semakin banyak potential customer = semakin besar peluang tambah sales!
Ada yg masih tak tahu potential customer tu apa?
Individu yg mungkin berminat dengan product kita jual.
Mana nak cari?
Okay baca bawah ni dulu sampai khatam!
Senarai cara / teknik free zero cost untuk tambah followers di instagram.
Cara 1: Follow unfollow
Cari potential customer berdasarkan target market bisnes dan follow mereka. Bukan follow semua orang click click click tapi follow orang yg mungkin akan suka dan nak beli produk kita.
Kenapa?
1. Munkin dia akan follow kita balik sebab suka tengok page kita
2. Munkin dia akan beli barang kita
3. Munkin kita dapat dua2
Limit following 7500, lepas tu perlu unfollow untuk follow orang lain pulak.
Tips:
Akaun mesti unprivate.
Cari potential customer dari instagram yg femes dan berkaitan.
Unfollow selepas sejam approve.
Cara 2: Swap review (Seller to seller)
Apa tu swap review?
Salah satu cara free advertisment yg dilakukan untuk exposed nama bisnes kita dengan teknik exchange seller to seller.
1. Cari seller lain yg ada dalam range angka followers yg sama. Tips: Followers 500 cari seller yg follower bawah 2000.
2. Contact seller tersebut. Tips: "Hi saya lula dari lulababes.co ada 500 follower, berminat buat swap review?"
3. Jangan lupa tanya tarikh dan masa yg sesuai dan juga jangka masa untuk review. (dua pihak kena setuju) Tips: review jangka masa 30min-1jam kemudian delete.
3. Kalau seller setuju, sediakan gambar dan caption yg paling menarik. Tips: Jangan stack banyak gambar tema berlainan. pilih satu gambar yg menarik yg tak serabut. Caption simple dan hanya mention nama instashop sekali sahaja. Elak akaun dari kena verified!
4. Upload gambar dan caption seller tersebut di instashop anda dan pastikan seller tersebut upload gambar dan caption anda di instashop seller. Tips: angka followers lebih power dan padu kalau akaun kita private!
Cara 3: Swap likes
Apa tu swap likes?
Setiap gambar yg di LIKE akan bertambah "impressions/reach/engagement" dan ada chance yg tinggi dan lebih kerap untuk masuk ke explore. Following friends followers kita akan nampak dan mungkin akan follow kita. Tips: Wajib unprivate akaun, kalau private tak keluar kat explore. Likes yg tinggi dalam masa yg singkat akan dilihat lebih kerap oleh ramai potential customer.
1. Cari seller yg nak buat swap likes. Tak kisah followers berapa sebab 1 like still equal to 1 like.
2. Both seller wajib setuju dengan amount gambar yg nak di like. Tips: Minimum 10 gambar.
3. Untuk gambar yg lebih targeted, boleh share url setiap gambar dgn seller.
Tips: likes secara kilat lebih pantas dari individual likes. Apa tu likes secara kilat? Multiple seller di groupkan untuk likes serentak. Contoh gabungkan 10 seller, 1 seller like 10 gambar, jadi ada 100 likes keseluruhan, 10 likes each gambar. Lebih banyak seller lebih banyak likes per gambar. (100 seller = 100 likes)
Comments
Post a Comment