Sejarah kelahiran LULA

Masa mula berniaga, benda pertama dalam otak ni, nama apa nak letak? Meh lula cerita sikit sejarah nama business lula ni terbentuk! Nak dengar tak? Baca bawah, tak nak dengar boleh skip.

Tahun 2009 masa ni lula umur 20 tahun, masa ni mula belajar shopping online! Zaman ni indie and vintage tengah IN SANGAT. Start dari tahun ni lula belajar beli from overseas (UK&USA) guna 3rd party. Lepas tu barang-barang preloved beli kat thread yg femes zaman tu (lula dah lupa nama) atau LOWYAT.NET (lula beli macbook kat sini) Siap main bidding lagi. Acah-acah ebay zaman ni. Ebay banyak seller tak shipping to Malaysia masa tu.

Start dengan jual preloved item dulu kat blogger and thread, dan jual segala mak nenek benda asalkan buat duit. Masa tu nama EAT ME PURSE siap ada buat header yg sangat comel guna paint je. Masa ni on off pun berniaga. Masa terluang lebih kepada stalk fashion blogger yg famous time tu

Header EATMEPURSE comel kan?

Masa tahun 2012 (umur 23) zaman instagram start. Lula masa ni dah ada contact from China untuk beli barang dari sana. Masa start tu lula saja upload gambar barang yg lula suka kat personal instagram lula, lepas tu ramai tanya "mana beli?" "tak jual ke?" "jual/belikan please" start dari situ lula fikir lula tolong beli kan and mark up sikit sebagai upah. Dari kasut ke handbag ke jewelry ke hair curler/hair dryer, macam-macam wey!

Lepas 2 tahun rasa macam semak nya instagram private ada gambar barang and tak rasa privacy! Lula ni privacy orang nya, malu nak exposed sangat, kurang self esteem kot time tu? Lagi satu semak kepala nak jawab soalan customer sebab banyak sangat jenis produk. Lula fikir kalau camni lama nanti mesti pening. Masa ni paling banyak buat duit kasut and handbag, baju gila susah nak jual. Tapi entah mengapa, lula end up buang yg lain and stay dengan baju. Mungkin rezeki, Allah gerakkan hati lula.

Lepas tu beralih arah ke nama LULAbyhahijaw bila lula dah focus jual baju je (2014) LULA ni datang dari magazine online; lulamag.com lula suka nama tu sebab comel! tambah sikit by (daripada) hahijaw (nama sebenar lula bila diterbalikkan; wajihah) Lula upah orang buatkan logo time ni.

Logo LULAbyhahijaw cantik kan?

Setelah hampir 3 tahun, lula dah sedar yg nama tu susah orang nak ingat! Customer cuma ingat nama LULA sahaja, yg belakang (byhahijaw) tu dah tak ingat. Lula google pasal nama branding semua tapi tak tergerak hati nak ubah sebab obsess dengan logo sendiri.

Sehingga hujung bulan April 2017, Lula pergi kelas MMM (Millionaire Marketing Mastery) dr azizan osman, ada abang ni power branding. Dia cakap, logo tak boleh letak objek/produk jualan. Should be simple dan senang baca supaya senang ingat! Balik dari kelas baru lula fikir, even lula sendiri terbelit lidah nak sebut apatah lagi orang lain.

Terus niat lula nak tukar nama, walaupun ambil few weeks jugak nak move on untuk let go logo lama. Lula simpan nama awal&asal LULA sebab semua customer dah ingat dan kenal. Kawan lula bagi suggestion untuk letak "babes" kat belakang nama lula. Lula terus jatuh cinta dengan nama tu.

Lula check domain availability untuk domain extension ".com" tak available! Perah otak time ni sebab degil nak jugak "lulababes" tu. Lula finalize 2 nama ni untuk extension .com (14usd/year) dan extension .co (29usd/year)

boleh lihat di instagram lulababes.co

Lula decide untuk biar customer buat keputusan, so lula pun upload both logo dan minta semua vote! Alhamdulillah ramai yg beri kerjasama dalam pemilihan ni. Result akhir; LULABABESKL.COM (23 vote) dan LULABABES.CO (68 vote)

Pada awal bulan May secara officialnya lula dah ubah nama instagram lula ke LULABABES.CO dan segala media social lula dah ambil alih dengan nama tersebut!

Post panjang sikit, harap korang tak bosan baca.

Esok lula nak borak pasal register company pulak.




Nak join dropship? Email: BabesAgent@lulababes.co untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular Posts